Monday, February 22, 2016

Menantu Andalusia: Prolog


PROLOG

MENJADI ANDALUSIA atau lebih dikenali sebagai anak dara lanjut usia bukanlah pilihan aku. Di saat umur aku menjangkau ke angka 34 tahun dan rakan-rakan sebaya denganku hampir kesemuanya telah mendirikan rumahtangga dan berbahagia di samping suami dan anak-anak, aku masih lagi sendiri. Ahh!! Tak luak pun aku setakat dicerca Kak Maznah jiran sebelah rumahku yang juga terkenal dengan mulut laser dan murainya itu. Dia juga punya anak gadis yang akan membesar sepertiku. Kalau hari ini dia mengata aku, esok lusa orang akan mengata dia pulak. Bisik Kay sendirian di dalam hatinya.

Pinnnnnnn!!!! Kay tersedar dari lamunan. Bunyi hon kereta dibelakangnya mengganggu lamunan Kay. Tanpa membuang masa Kay segera menukar gear Neutral kepada gear D keretanya. Lamunan Kay di lampu isyarat pada pagi itu menjengkelkan hati pemandu-pemandu lain yang berkejaran untuk masuk ke pejabat masing-masing.  Fokus Kay! Fokus! Takkan luak hidup kau kalau kau forever alone pun. Kay kembali memotivasikan dirinya pada pagi itu sambil mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut alunan rentak lagu Jessie J.

“Selamat pagi Cik Kay. Lewat masuk ofis hari ni?” sopan sekali Habsah penyambut tetamu di firma guaman Amer Khaysarah & Associates menyapa.

Kay tersenyum memandang Habsah. “A’ah. Lewat sikit I hari ni. Boleh pulak I mengelamun dekat traffic light tadi. Bengang semua drivers kat belakang I” jawab Kay sambil tertawa. Habsah turut sama tertawa mendengar kata-kata Kay itu.

“By the way, Encik Amer dah masuk ofis?” tanya Kay kepada penyambut tetamunya itu.

“Owh, Encik Amer ya? Hmmm, rasanya dia dah masuk tadi tapi keluar minum sekejap.” Habsah masih setia menjawab.

Kay menganggukkan kepalanya. “Okay, thanks.” Kay tersenyum sebelum berlalu.

“Cik Kay!” panggil Pushpa salah seorang kakitangan di firma tersebut.

Kay yang baru sahaja memegang tombol pintu biliknya segera berpaling. “Yes Pushpa. Is there anything i can help you?” tanya Kay sambil tersenyum memandang Pushpa satu-satunya kakitangan di firmanya yang berbangsa India.

“Cik Kay, tadi Puan Rohaya dari firma Rosda & Co telefon. Dia minta tolong Cik Kay MOB kes dia dekat court esok memandangkan Cik Kay ada kes kat sana esok.” Pushpa menyampaikan pesanan kepada Kay.

“Alahhh.” Kay mengeluh perlahan. “Puan Rohaya sendiri yang call atau staf dia yang call tadi?” Kay meminta kepastian.

Pushpa termenung sejenak. “Emmm. Puan Rohaya sendiri yang call. Yes! Puan Rohaya.” beritahu Pushpa setelah dia pasti akan jawapannya.

Kak Aya sendiri yang telefon. Kenalah aku mention on behalf kes dia esok. Desis hati Kay sendiri tatkala mengenangkan permintaan seniornya itu untuk mewakilinya dalam sebutan kesnya esok di mahkamah.

“Pushpa!” Kay memanggil Pushpa yang telah berpaling darinya. Pushpa segera menoleh tatkala namanya dipanggil. “Kak Aya... Eh, Puan Rohaya ada bagi details kes dia tak?” tanya Kay kepada Pushpa.

“Ada! Dia kata dah emel pada Cik Kay details bagi kes dia esok.” laju Pushpa menjawab pertanyaan Kay itu.

Kay mengangguk. “Kalau macam tu, takpelah. Anyway, thanks Pushpa.” Kay tersenyum lalu beredar.

No comments:

Post a Comment